
|
SYARAT KEAHLIAN
-
Berbangsa
Melayu.
-
Warga
Malaysia.
-
Berumur 18 tahun ke atas.
-
Mereka
mestilah berstatus sebagai pengarah syarikat, pemilik perniagaan dan
bekerja di bahagian pengurusan.
-
Mereka
yang disebut dalam fasal 4 (1) (d) hanya layak sekiranya syarikat atau
perniagaan mereka mempunyai pegangan ekuiti Bumiputera majoriti
sebanyak 51 peratus dan keatas: dan
-
Memiliki lesen perniagaan yang berkaitan dengan bekalan alatan
perubatan dan makmal yang sah.
-
Pengarah syarikat dan pemilik perniagaan perlulah mereka yang tidak
bercanggah dengan kehendak Akta Syarikat dan Akta Perniagaan.
________________________________________
- Tiap-tiap permohonan menjadi ahli Pertubuhan
hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli berdaftar dan
dihantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan
itu dengan secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk diluluskan.
Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan
tanpa memberikan sebarang alasan.
- Sebarang permohonan menjadi ahli pertubuhan
hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa
Pertubuhan.
- Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah
diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar
bayaran masuk serta yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan,
diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
- Seorang pelajar universiti atau Kolej-Universiti
tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah
dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor
universiti berkenaan.
Sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan, sila layari laman web kami di
www.perutama.org.my ataupun e-melkan ke:
info@perutama.org.my
________________________________________ |